Surah Al-Faatihah, Ayat 1

June 18th, 2008

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 1)

Surah Al-Faatihah, Ayat 2

June 18th, 2008

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 2)

Surah Al-Faatihah, Ayat 3

June 18th, 2008

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 3)

Surah Al-Faatihah, Ayat 4

June 18th, 2008

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

(Surah Al-Faatihah, Ayat 4)

Surah Al-Faatihah, Ayat 5

June 18th, 2008

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 5)

Surah Al-Faatihah, Ayat 6

June 18th, 2008

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 6)

Surah Al-Faatihah, Ayat 7

June 18th, 2008

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(Surah Al-Faatihah, Ayat 7)

Surah Al-Baqarah, Ayat 1

June 18th, 2008

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alif, Laam, Miim.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 1)

Surah Al-Baqarah, Ayat 2

June 18th, 2008

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Surah Al-Baqarah, Ayat 2)

Surah Al-Baqarah, Ayat 3

June 18th, 2008

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 3)